TIPS MOTIVASI

"Apabila kita menolong orang lain, sebenarnya kita menolong diri sendiri, kerana apa jua kebaikan yang kita lakukan,akan berbalik kepada kita." -Flora Edwards

Mentor

Sunday, August 3, 2008

Adik-adikku

Waktu kanak-kanak itu pulang ke rumah masing-masing selesai. Koperasi penuh diserbu anak-anak kecil yang ingin membeli itu dan ini.

"kak, nak yang tu?" anak A.
"kak, nak yang ni, berapa sen?" anak B pula.

Kak nak tu kak nak ni, macam-macam barang yang dibeli mereka. Saya sibuk di meja menyusun pin-pin mengikut kategori. Saya membelakangi anak-anak kecil itu. Hanya memandang mereka sekali imbas.

Akhirnya segerombolan anak-anak kecil itu menyusut. Kedai menjadi sunyi. Saya, Aina gadis skuter kembali ke meja. Ada pula beberapa kerani sekolah yang datang.

"Aina, tengok sikit anak akak ya, jangan dibiar dia membeli sebarangan, " usul Kak C.
"A'aah, bebudak ni, kalau kawan-kawannya nak membeli, dia pun nak beli sama," Aina membalas.

pot pet pot pet.
Seketika kemudian, ada beberapa orang anak kecil kembali masuk ke koperasi. Semuanya kiut dengan tudung kecil di kepala menyebabkan pandangan dari arah belakang kelihatan sama.

"Kak, nak beli kertas lukisan sepuluh sen," terdengar si kecil itu bersuara, tentunya dia bercakap dengan Aina.
"Ok,"

"Eh ehh tengok tu, orang baru nak jual, dia dah pakai dah," tetiba Kak D menunjuk kepada dada, lebih tepat lagi telekung adik kecil itu.
"Yang kakak saya," ada suaranya menjawab.
"Kakak awak?" Kak C menanyai
"Dia kat KL"

Saya tidak tergerak hati pula memandang wajah si kecil itu ketika sibuk-sibuk begitu. Lagi pula akal fikir saya mengatakan mungkin juga dalam ramai-ramai anak kecil yang menerpa masuk tadi, ada yang mengambil pin itu. Halalkan sajelah. Dia pun membelakangi saya, tidak manis sangat kalau saya yang kesana untuk melihat parasnya atau meminta si kecil itu pula berpaling muka pada saya.

**
Pulang ke rumah. Biasa sahaja. Petangnya adik saya balik ke rumah.

Pot pet pot pet.

"Mak, kakak kat kedai tu kata adik ambik barang kat kedai dia," Adik kecil saya mengadu pada emak.
"Dah tu, adik kata apa?" emak mendengar penuh minat. Saya pun.
"Adik cakaplah, yang ni kak punya,"

"Adikkkk..." pecah saya berderai.
"Adik tak nampak ke Kak tadi?" saya memegang bahunya. Dia terkebil-kebil memandang saya.
"Kak pergi sekolah adik tadi, takkan adik tak nampak kak. Ni baju ni adik tak cam ke? Ni kan baju kurung Kak Julia," saya mengibas-ngibas baju kurung Adik saya yang seorang lagi. Saya meminjam baju kurung Adik saya yang di tingkatan 3 itu kerana saya tidak ada baju kurung milik sendiri di rumah.

Dia menggeleng.

Saya tepuk dahi.

"Mak.... patutla tadi...... pot pet pot pet.. (ulang balik dialog di koperasi).

Mak dan saya ketawa. Saya ketawa berair mata mengenangkan apa yang terjadi.

"Dah kak takkan tak perasan adik?" Mak akhirnya bertanya soalan yang siapapun akan soal.
"Tak perasan mak sebab tak nampak muka. Takkan kak nak gi jenguk pulak. Lepas tu kak nampak pin tu pin hitam. Kak tahu adik ambik semalam bukan pin tu," saya menerangkan.

Emak pandang adik, pandangan kasihan seorang ibu melihat anak kecilnya seperti dituduh orang barangkali.

"Semalam adik ambil yang lain kan?" saya menyoal adik, kerana saya masih ingat dia mahukan pin jilbab kecil berwarna pink malam tadi. Saya ingat benar. Sebab itu tadi ketika saya ternampak biasan pin jilbab hitam di dada anak kecil itu, saya diamkan sahaja.

"Adik tukar." Jawapannya yang meleraikan persoalan.

"Adik, adik, bakpolah adik tak cam baju kurung ni," saya merujuk baju kurung yang selalu adikku yang seorang lagi itu pakai.

Adik kecil saya itu hanya tersengih menampakkan gigi kapaknya.

"Tak apalah, nanti esok adik cakap aje dekat Kak Aina tu. Nanti Kak Aina tu salah anggap pula kata adik panjang tangan," emak menasihati adik bongsu saya yang darjah tiga itu.

"heheheh, nanti Kak Ja cakap dengan Kak Aina," saya memujuk dia. Merujuk pada Kak Ja, adik saya yang seorang lagi berada dalam darjah enam yang selalu juga menjaga koperasi pada hari-hari tertentu mengikut jadualnya membantu Kak Aina.

---
Itulah peristiwa yang membuatkan saya akan tersenyum panjang sampai ke telinga mengingatkan peristiwa tersebut. Alahai adik-adikku ini.

2 comments:

mohad said...

salam.. apa khabar...

Anonymous said...

Thanks for visiting.Saya akan linkkan blog Masjid nanti.