TIPS MOTIVASI

"Apabila kita menolong orang lain, sebenarnya kita menolong diri sendiri, kerana apa jua kebaikan yang kita lakukan,akan berbalik kepada kita." -Flora Edwards

Mentor

Wednesday, September 24, 2008

New Stock (huruf)



New stock arrived last week.Most of them - PIN HURUF.
Pictures will be upload later.

Thursday, August 28, 2008

Selingan 2 -Merdekakah Malaysia?


Sempena bukan kemerdekaan yang ke 51 yang bakal menjelang.



Untuk kita semua rakyat Malaysia memahami apa makna sejarah.

Bacalah buku-buku ini. Supaya generasi akan datang mengetahui cerita sebenar di balik perjuangan.

Atau bagaimana sejarah dalam buku teks tidak bercakap benar.

Atau bagaimana sesetengah orang mempermainkan dan dipermainkan oleh sejarah.

Yang pasti, mereka telah melakar sejarah.

Wednesday, August 27, 2008

Selingan 1


Sementara menanti stok baru tiba.
Ramadhan datang minggu depan.


Menjadi tanggungjawab saya menyebarkan seluas mungkin kewujudan buku ini ke seluruh alam. Buku terjemahan dari bahasa asalnya, From Beirut to Jerusalem.


Membacanya, bisa membuatkan anda menangis kesedihan.
Sempena Ramadhan ini, tinta perjalanan Dr Ang Swee Chai ini boleh dijadikan penawar pada dahaga dan lelahmu. Kerana dahaga dan lapar yang sedikit itu tidak terbanding dengan apa yang berlaku di balik pelusuk dunia sana.


Doa saya- semoga nur Hidayah terpancar dan jatuh dalam pada lubuk hati beliau. Jasanya besar sekali.

Monday, August 18, 2008

Sentimental sikit(di luar pin kiut miut)

Dalam ramai-ramai kenalan, saya hanya ada seorang sahabat paling rapat. Saya tahu rahsianya dan dia juga tahu rahsia hidup saya. Dia tahu apa yang saya tangiskan dan saya juga begitu.
Banyak yang Allah takdirkan antara saya dan dia.
Satunya yang kelakar kerana perkahwinan saya dengan pasangan adalah asbabnya kerana dia, dan perkahwinan dia dengan pasangannya pula kebetulan asbabnya adalah kerana saya. Dan lagi kami dari dialek yang sama. Bertutur sama. Latarbelakang pun sama. Perangai rupanya sama menjadikan ada keserasian di situ.

Sampai pada satu tahap, saya berpesan pada suami sekiranya saya yang pergi dulu,jangan lupa diberitahu pada teman saya itu. Terbongkar dia juga berpesan yang sama pada suaminya. Kerana kami sangat jarang bertemu dalam alam realiti. Sahabat menangis sukar dijumpai, dan kita pun tidak akan menangis pada sebarang teman, dia teman saya menangis walaupun kami sama-sama jarang menangis. Tentu hanya pada ketika tertentu yang tidak dapat di tahan lagi.

Dulu, saya selalu beranggapan saya telah melakukan keputusan yang salah sama sekali apabila bertukar universiti,seterusnya bidang yang sama sekali berbeza 11 tahun dahulu. tapi rupanya sekiranya saya tidak melakukan itu, tentunya takdir hidup saya sudah jadi lain.Mungkin juga saya tidak berjumpa dengan sahabat saya yang ini.

Thursday, August 7, 2008

Stripe Handset




Stripe handset yang masih berbaki.

Pin Huruf




Hanya huruf-huruf ini yang tinggal.

Ikhwati full small




Last stock to retailer.

Sunday, August 3, 2008

Adik-adikku

Waktu kanak-kanak itu pulang ke rumah masing-masing selesai. Koperasi penuh diserbu anak-anak kecil yang ingin membeli itu dan ini.

"kak, nak yang tu?" anak A.
"kak, nak yang ni, berapa sen?" anak B pula.

Kak nak tu kak nak ni, macam-macam barang yang dibeli mereka. Saya sibuk di meja menyusun pin-pin mengikut kategori. Saya membelakangi anak-anak kecil itu. Hanya memandang mereka sekali imbas.

Akhirnya segerombolan anak-anak kecil itu menyusut. Kedai menjadi sunyi. Saya, Aina gadis skuter kembali ke meja. Ada pula beberapa kerani sekolah yang datang.

"Aina, tengok sikit anak akak ya, jangan dibiar dia membeli sebarangan, " usul Kak C.
"A'aah, bebudak ni, kalau kawan-kawannya nak membeli, dia pun nak beli sama," Aina membalas.

pot pet pot pet.
Seketika kemudian, ada beberapa orang anak kecil kembali masuk ke koperasi. Semuanya kiut dengan tudung kecil di kepala menyebabkan pandangan dari arah belakang kelihatan sama.

"Kak, nak beli kertas lukisan sepuluh sen," terdengar si kecil itu bersuara, tentunya dia bercakap dengan Aina.
"Ok,"

"Eh ehh tengok tu, orang baru nak jual, dia dah pakai dah," tetiba Kak D menunjuk kepada dada, lebih tepat lagi telekung adik kecil itu.
"Yang kakak saya," ada suaranya menjawab.
"Kakak awak?" Kak C menanyai
"Dia kat KL"

Saya tidak tergerak hati pula memandang wajah si kecil itu ketika sibuk-sibuk begitu. Lagi pula akal fikir saya mengatakan mungkin juga dalam ramai-ramai anak kecil yang menerpa masuk tadi, ada yang mengambil pin itu. Halalkan sajelah. Dia pun membelakangi saya, tidak manis sangat kalau saya yang kesana untuk melihat parasnya atau meminta si kecil itu pula berpaling muka pada saya.

**
Pulang ke rumah. Biasa sahaja. Petangnya adik saya balik ke rumah.

Pot pet pot pet.

"Mak, kakak kat kedai tu kata adik ambik barang kat kedai dia," Adik kecil saya mengadu pada emak.
"Dah tu, adik kata apa?" emak mendengar penuh minat. Saya pun.
"Adik cakaplah, yang ni kak punya,"

"Adikkkk..." pecah saya berderai.
"Adik tak nampak ke Kak tadi?" saya memegang bahunya. Dia terkebil-kebil memandang saya.
"Kak pergi sekolah adik tadi, takkan adik tak nampak kak. Ni baju ni adik tak cam ke? Ni kan baju kurung Kak Julia," saya mengibas-ngibas baju kurung Adik saya yang seorang lagi. Saya meminjam baju kurung Adik saya yang di tingkatan 3 itu kerana saya tidak ada baju kurung milik sendiri di rumah.

Dia menggeleng.

Saya tepuk dahi.

"Mak.... patutla tadi...... pot pet pot pet.. (ulang balik dialog di koperasi).

Mak dan saya ketawa. Saya ketawa berair mata mengenangkan apa yang terjadi.

"Dah kak takkan tak perasan adik?" Mak akhirnya bertanya soalan yang siapapun akan soal.
"Tak perasan mak sebab tak nampak muka. Takkan kak nak gi jenguk pulak. Lepas tu kak nampak pin tu pin hitam. Kak tahu adik ambik semalam bukan pin tu," saya menerangkan.

Emak pandang adik, pandangan kasihan seorang ibu melihat anak kecilnya seperti dituduh orang barangkali.

"Semalam adik ambil yang lain kan?" saya menyoal adik, kerana saya masih ingat dia mahukan pin jilbab kecil berwarna pink malam tadi. Saya ingat benar. Sebab itu tadi ketika saya ternampak biasan pin jilbab hitam di dada anak kecil itu, saya diamkan sahaja.

"Adik tukar." Jawapannya yang meleraikan persoalan.

"Adik, adik, bakpolah adik tak cam baju kurung ni," saya merujuk baju kurung yang selalu adikku yang seorang lagi itu pakai.

Adik kecil saya itu hanya tersengih menampakkan gigi kapaknya.

"Tak apalah, nanti esok adik cakap aje dekat Kak Aina tu. Nanti Kak Aina tu salah anggap pula kata adik panjang tangan," emak menasihati adik bongsu saya yang darjah tiga itu.

"heheheh, nanti Kak Ja cakap dengan Kak Aina," saya memujuk dia. Merujuk pada Kak Ja, adik saya yang seorang lagi berada dalam darjah enam yang selalu juga menjaga koperasi pada hari-hari tertentu mengikut jadualnya membantu Kak Aina.

---
Itulah peristiwa yang membuatkan saya akan tersenyum panjang sampai ke telinga mengingatkan peristiwa tersebut. Alahai adik-adikku ini.

Wednesday, June 11, 2008