TIPS MOTIVASI

"Apabila kita menolong orang lain, sebenarnya kita menolong diri sendiri, kerana apa jua kebaikan yang kita lakukan,akan berbalik kepada kita." -Flora Edwards

Mentor

Thursday, February 28, 2008

1,2,3 to 10 (11)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada anda semua di luar sana.
Salam pagi.

Saya ingin kongsikan sesuatu hari ini.
Semalam saya telah membeli majalah MIDI keluaran Karangkraf. Saya tertarik untuk membeli kerana cover depannya memaparkan 5 jutawan usahawan kosmetik wanita.
Dato' Azlina(D'Navechee),Pn. Junaidah Kitting(JUN Hair and Beuty),Pn. Rozita(Sendayu Tinggi),Pn Nor Azlin(O'Lynn) dan Pn. Muna (Leesa Cosmetic).Kesemuanya berusia 40-an.(konsep majalah MIDI ini memang memaparkan wanita umur 40-an).

Apabila saya membacanya di rumah, housemate bertanya mengapa saya membaca majalah ini? Jawapan saya ringkas "Semua orang pun akan mencapai 40."

Bagi saya angka 40 adalah besar ertinya.Sungguh besar sehinggakan pepatah Inggeris mengatakan "Life begins at 40". Pada fikiran saya pula, sungguh besar tanggungjawab yang terpikul di bahu orang-orang yang berumur 40-an. Ingat Nabi Muhammad juga menjadi Rasul pada usia itu.(Mungkin kerana itulah Mat-Mat Salleh telah menukar persepsi angka 40 itu,mungkin bagi mereka 40an itu adalah zaman kebebasan seperti zaman muda belia tapi bagi kita yang Muslim, angka 40 an itu besar signifikannya dalam kehidupan).

Sebenarnya, cover depan kali ini amat menarik perhatian saya. Dan isinya juga.Analisis ringkas diri mereka.3 dari mereka adalah anak sulung.(Baca:hirarki anak tulisan saya tempohari :).Juga tempoh jangka masa mereka menjadi usahawanita berjaya.(Ohh saya bukanlah ingin menceburi bidang yang mereka ceburi, hehehhe)

Sebenarnya saya melihat diri saya 10 tahun akan datang.Campur umur saya sekarang, memang saya di ambang 40 sepuluh tahun lagi.Bagaimana ya saya nanti?Saya selalu membayangkan yang saya akan melakukan apa yang saya suka.Saya mahu bangun pagi dalam keadaan saya gembira dan pulang ke rumah juga dengan perasaan yang sama.Saya mengharapkan kebebasan dalam melakukan sesuatu yang saya betul-betul suka.Visualnya selalu bermain dalam minda saya. Harapnya semua itu menjadi kenyataan. InsyaAllah. Hanya dengan izinNya sahaja.

Setelah mempelajari sedikit sebanyak sains tulisan yang sudah menjadi minat saya sejak dulu,saya kini makin mengenali diri saya sendiri. Kekuatan yang harus saya gunakan ke arah yang lebih baik dan kelemahan yang harus saya perbaiki.Sebenarnya sungguh seronok apabila kita dapat menganalis diri orang melalui tulisannya.:)

Sekian dulu untuk kali ini.
Note: Peristiwa pagi ini makin membuatkan diri saya nekad dengan keputusan yang telah saya buat.Pagi esok selepas subuh saya akan terbang ke KT, dan pulang semula ke sini malamnya.

No comments: