TIPS MOTIVASI

"Apabila kita menolong orang lain, sebenarnya kita menolong diri sendiri, kerana apa jua kebaikan yang kita lakukan,akan berbalik kepada kita." -Flora Edwards

Mentor

Wednesday, April 2, 2008

Sufiah...



Kisah tragis abad ini.
Beberapa hari ini ingatan saya tidak lepas dari Sufiah Yusof.Sejak dari dulu saya tak lepas dari mengikuti kisahnya, sejak menjadi headlines dalam suratkhabar 10 tahun lalu. Pencapaiannya juga adik beradiknya yang lain.

Dulu ketika heboh diperkatakan dia hilang dari Oxford, saya seoalah terasa masalah di sebalik pencapaiannya.Mungkin orang lain pun merasainya juga. Dikelilingi orang yang lebih tua 5 tahun dan ke atas, sukar untuk saya tuliskan. Tapi saya merasai kerana kehidupan di universiti memang berbeza. Suatu waktu dulu saya juga mengalami walaupun bukanlah seteruk itu.:)

Dalam hidupnya terjadi dua peristiwa yang menjadi tajuk akhbar serata dunia.Pertama ketika usianya 13 dan kini setelah 10 tahun, di usianya 23 tahun.

Saya banyak menghabiskan masa membaca kisah adik Sufiah. Antara artikel yang saya jumpa di internet.
Petikan dari 'I'm not Crybaby Soo-Fi any more'
Laura Paskell-Brown, who spearheaded the tuition fee protest at Oxford 18 months ago, remembers Sufiah as an inhibited little girl. "I always saw her alone. I never saw her with anyone else. I met her because she was part of the anti-tuition fees movement. She was always quite quiet. Depressed isn't the word I'd use. But at that age you can't really have a normal university life and go out socialising like everyone else."

Petikan dari Happy ending for the runaway prodigy
Sufiah and Jonathan, both strict Muslims, are living together in Oxford after marrying in a Muslim ceremony last week. Jonathan, the son of Christians, was introduced to Islam by Sufiah and converted to the Muslim faith in April last year.

Today they will complete the legal formalities so she can become Mrs Marshall, and hold a reception for family and friends.

Sufiah told The Times: “Meeting Jonathan was the best thing that happened to me while I was at Oxford.”

Asked whether she had, in fact, enjoyed herself at university , she said “I suppose . . . yes”, adding only that the experience had been “interesting”.

She said: “If you are surrounded by people your own age it certainly is different from being surrounded by people who are five years older than you. I can’t quantify why exactly that is . . . it’s just different.”

LINK
Adakah Budak Genius Sufiah Yusof Di larikan Dan Di Rosakkan hingga jadi pelacur

Child genius ran away to be rebel in a scarf

Gifted but socially isolated?

-- SEDIKIT LUAHAN APA YANG TERBUKU DALAM HATI SAYA
Dari sudut yang lain, saya masih tidak percaya itu adalah Sufiah.
(Mengharapkan itu bukan Sufiah). Namun kalaulah benar itu adalah Sufiah mungkin tulisan saya di bawah ada benarnya.

Jauh di sudut hati merasakan ini satu propaganda untuk menghancurkan Sufiah, keluarga Yusuf juga umat Islam seluruhnya.
(ini hanya pandangan saya, namun saya merasakan saya harus menulisnya andaikata ianya betul, alangkah ruginya kita sebagai MUSLIM)

Membaca artikel ini, The Brightest Family in Britain, saya merasakan keluarga ini memang cuba menerapkan nilai-nilai Islam dalam pendidikan anak-anaknya. Bayangkan kesusahan dan ketakutan yang dialami oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak dalam suasana 'Western'. Dari pandangan kasar, mereka memang menerapkan nilai dan ajaran Islam dalam pendidikan anak-anak.Bangun pagi mesti dimulakan dengan Solat Subuh. Saya pernah melihat sehari dalam kehidupan keluarga ini di kaca tv 10 tahun dulu. Mungkinkah cara hidup dan kejayaan Farooq dalam mendidik anak-anaknya menjadikan pihak-pihak tertentu tidak senang hati dengan kejayaannya. Apatah lagi keluarga ini adalah MUSLIM.

Kalau semakin ramai "Sufiah" muncul, atau adik beradiknya semuanya berjaya dalam akademik, menjadi pelopor dalam segala bidang atau paling tidak menguasai ilmu-ilmu Maths dan menjadi pensyarah di universiti terkemuka dunia, OXFORD, CAMBRIDGE, atau mana-mana universiti sekalipun,kedudukan pihak-pihak ini akan terancam. Maka harus dilakukan apa saja cara untuk menyekat kemaraan keluarga Yusuf (dan MUSLIM lain amnya) dalam arena pendidikan.

Ketika usia Sufiah 15 tahun, dia melarikan diri setelah selesai menduduki peperiksaan akhir tahun tiga. Kita tidak tahu siapa yang benar atau siapa yang salah. Dipihak Sufiah mengatakan hidupnya bagai 'living hell', di pihak bapanya pula mengatakan ada pihak ketiga di sebalik kes kehilangannya. Logik juga tu.Terfikir pula oleh fikiran saya, mungkin ada golongan yang tidak suka dengan kecerdikan Sufiah, lantas dihasut dengan apa cara sekalipun untuk membenci ayahnya. Kalau dulu didikan disiplin yang diterapkan diterima dengan menganggap itu adalah sebahagian dari kehidupannya, kini timbul pula perasaan memberontak mengatakan didikan itu terlalu extreme. Ketika itu pula usianya baru 15 tahun. Masih remaja. Naluri remajanya mungkin sudah menganggap apa yang ayahnya lakukan adalah paksaan.Kemungkinan ada 'mentor' atau orang yang brainwash dirinya tidak dapat dipinggirkan begitu sahaja. Apatah lagi dalam usia semuda itu, Sufiah dibela oleh keluarga angkat berbangsa Inggeris. Berbagai-bagai lagilah yang diterimanya.

Ketika kali pertama membaca dia berkahwin dengan Jonathan Marshall, hati sedikit terusik kerana takut perkara yang paling ditakuti terjadi. Namun akhirnya apabila melihat gambar perkahwinan mereka dan nama penuh bekas suaminya, syukur itu tidak terjadi- Jonathan Ibraheem Marshall.Apapun jodoh tidak panjang.



Fikir lagi 'out of the box'. Artikel dari News Of The World itu juga serentak dengan kemasukan Farooq dalam tahanan akibat kesalahan pencabulan 2 gadis remaja beberapa hari sebelum itu. Benarkah dakwaan itu atau sekali lagi fitnah?Lagikan di sini pun berbagai benda boleh dipusing dan diatur, apakah dengan Farooq seorang diri dan tidak berkuasa dapat mempertahankan diri dari serangan atau perangkap apa sahaja media barat, apalagi sistem kehakiman di sana.

Kalau dahulu, keluarganya dan anak-anaknya boleh taat kepada arahan ketua keluarga, tidak mustahil dengan doktrin-doktrin ini keluarganya mempercayai yang ayah mereka memang seorang yang jahat. Semalam pun Harian Metro melaporkan Pn Halimaton memohon cerai dari suaminya. Kalaulah benar, sistem keluarga yang selama ini aman bahagia akan runtuh. Bagaimana pula dengan anak-anak. Tentunya perkembangan ini tidak sihat.
Apabila sistem keluarga telah runtuh, implikasinya pada anak-anak ...juga pada matlamat mereka melahirkan genius Maths. Sedih pula apabila teringatkan impian pasangan ini yang mahu melihat keempat-empat anaknya- Aisha, Sufiah, Iskander dan Zuleika menyambung pelajaran mereka serentak di Harvard University selepas Sufiah tamat pengajian di Oxford dan Aisha serta Iskander tamat Warwick.

Oh saya mendoakan apa yang benar akan wujud dan timbul di permukaan. Jangan biarkan keluarga ini porak peranda kerana dakyah mereka yang berniat jahat tidak mahu melihat professional Muslim berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Juga untuk menghalang dari melihat banyak lagi "SUFIAH" lain dilahirkan hasil pembelajaran dan teknik pengajaran Farooq.Untuk itu, bak kata peguamnya sendiri - ayat lebih kurang begini."Dia tidak boleh mendapatkan pendapatan dengan mengajar teknik itu lagi.Reputasinya sudah jatuh".

Saya mendoakan kalau benar keluarga ini dizalimi, Allah akan tunjukkan juga siapa yang benar di dunia ini juga.



Kalau gambar itu atau Shilpa Lee itu benar-benar Sufiah Yusof, walaupun pahit saya tetap mendoakan Sufiah akan kembali ke pangkal jalan.To all readers kalau ada yang membaca artikel ini,juga doakan kesejahteraan mereka. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi.



To Sufiah (in case semua ini betul),
Whatever happened, the past is past.The future is more important.You deserved a better life.Apapun yang terjadi, heartbreaking, frustrated atau apa sekalipun, masih ada jalan keluar.Oh saya tahu mungkin dia tak memahaminya dalam Bahasa Melayu, tapi inilah yang saya tulis dari hati saya sendiri.

P/S: Dari sejarah, banyak yang terjadi genius di usia muda tidak menjanjikan masa depan yang cerah. Tidak mahu menyebut nama , tapi sudah terlalu banyak terjadi. Harapan agar adik AP tidak mengalami nasib yang sama.

OTHERS
Pandangan saya terhadap kes Sufiah Yusuf

Ziarah nenek 2004

Hantar ustaz bantu pulih Sufiah

No comments: