TIPS MOTIVASI

"Apabila kita menolong orang lain, sebenarnya kita menolong diri sendiri, kerana apa jua kebaikan yang kita lakukan,akan berbalik kepada kita." -Flora Edwards

Mentor

Sunday, February 17, 2008

2008



Dalam usia akhir 20-an ini, terasa diri ini terlambat pula menceburkan diri dalam alam perniagaan. Terasa alangkah ruginya umur 20-an saya yang tidak digunakan sepenuhnya. Namun, memikirkan yang kegagalan-kegagalan saya sebelum ini adalah penguat saya untuk hari-hari seterusnya, tahun ini saya nampak jalan yang lebih cerah. InsyaAllah.

Dikelilingi oleh orang-orang yang positif mindanya membuatkan diri saya juga semakin kuat.Bak kata GURU saya, semakin kuat halangan yang ditempuh, semakin besar kejayaan yang bakal diperolehi.Dan saya sedar ilmu-ilmu baru yang saya pelajari sekarang ini tidak akan dapat dipelajari di mana-mana.Teori dan pkaktikal kadangkala tidak sama dalam realiti kehidupan. Namun, untuk berjaya dalam apa jua bidang, kita harus ada mentor yang telah juga merintis jalan-jalan itu sebelum ini. Bukan yang hanya memberi pandangan atau ajaran berdasarkan teori semata-mata.

InsyaAllah tahun 2008 ini, mindset saya sudah bertukar. Kegagalan saya sebelum ini bukanlah membuatkan saya patah semangat. Saya banyak belajar dari kesilapan-kesilapan lalu.

Teringat dialog kawan lama saya.(Bahasa dialek kami)
Mus : Mung ni Jumie, rajin betul wak(buat) business
Saya: Tah, saje sukalah. :)Bakpo?
Mus : Masa dulu-dulu, aku jugak la yang beli dari mung
Saya: Hah? Mung beli gapo? aku tak ingat.
Mus : La, tak ingat dah, aku kan pelanggan setia mung
Saya: ?
Mus : Mung kan jual sticker sokmo.
Saya: (Gelak- tak ingat sebab dah lama sangat)

Peristiwa lama ini berlaku ketika saya masih di sekolah rendah, emm saya pun sudah tidak ingat lagi barang apalah agaknya yang saya jualkan pada teman sekelas. Apabila Musyiri kawan sekolah rendah 'flashback' memori lama, barulah saya ingat semula. Teringat ketika ikut serta dalam program keusahawan ketika sekolah menengah rendah, saya 'enjoy' menjual sotong sumbat(masakan emak saya tentunya) bersama rakan sekumpulan yang lain. Kami bersama-sama seolah-olah ada syarikat sendiri. Masing-masing ada tugas tertentu. Teringat Presiden gerai kami, saudara Nassar yang kini telahpun menjadi peguam. Kalau diingat kembali saat kalut dan gawat menjual makanan di pesta begitu, memang saya boleh senyum seorang diri.Ketika itu kami dalam tingkatan 2 atau 3. Selepas itu, saya sudah tidak aktif lagi dalam mana-mana kegiatan luar. Apatah lagi apabila saya masuk ke Tingkatan 4 dan 5, dan sehinggalah saya keluar dari Universiti, saya sudah tidak melibatkan diri dalam urusniaga yang melibatkan wang. Tentunya kisahnya panjang dan agak boring kalau saya terus menulis lagi.Cukuplah setakat ini dulu topik ini. :)

Tips motivasi kali ini. Untuk diri saya sendiri dan anda semua di luar sana.
"Pemenang melibatkan diri,pengecut membuat janji."Saya jumpa ayat ini dari salah seorang yang berjaya dalam bidang ini.Saya pinjam untuk menaikkan motivasi saya.Harapnya dia tidak marahkan saya. :)

Jumpa lagi di lain waktu

No comments: