TIPS MOTIVASI

"Apabila kita menolong orang lain, sebenarnya kita menolong diri sendiri, kerana apa jua kebaikan yang kita lakukan,akan berbalik kepada kita." -Flora Edwards

Mentor

Thursday, February 14, 2008

Mengenal potensi diri



Assalamualaikum, apa khabar anda semua.
Kali ini saya mahu kongsikan apa yang baru sahaja saya dengar semalam. Tips mengenal potensi yang amat bagus untuk dikongsi bersama.

Tentunya anda semua sudah sedia maklum, character diri kita masing-masing dipengaruhi oleh hirarki dalam keluarga.Memandangkan tips motivasi kali ini amat menarik hati saya, saya telah menuliskan kajian yang telah disampaikan oleh Saudara HM Tuah ke dalam buku nota kecil saya.Memang menarik.

Apa kata mari kita semak diri kita masing-masing. Betulkah dan kenakah dengan diri anda semua. Bak kata HM Tuah, "tidak wajib betul, tapi harus betul".:)

Sekiranya anda adalah anak SULUNG.
-Amat bertanggungjawab, matang, dewasa
-kenapa? Mereka kan cahayamata pertama, ketika mereka dilahirkan mungkin ibu bapa masih menyewa rumah, kehidupan sedikit terbatas berbanding adik-adik yang lain.
-tumpuan kasih sayang.
-bawa diri sendiri.
-harapan keluarga.
-Kebiasaannya, banyak bantu adik-adik.
-Mudah bertolak ansur.
-Pandai bergaul denga orang tua.
-Besar kepala (sedikit negatif)
-Ego (sedikit negatif tetapi sekiranya digunakan sebaik-baiknya di tempat yang perlu, boleh berjaya dalam kehidupan)

Tips: Sekiranya anda menjadi majikan?
- pilihlah anak sulung (ketika sessi temuduga). InsyaAllah mereka tidak mengecewakan anda.:) Sifat ketika kecil terbawa-bawa sehingga dewasa.

Sekiranya anda adalah anak TENGAH
-Lebih berdikari
-flexible, percaya pada kemampuan/keyakinan diri sendiri
-ada cara tersendiri untuk mendapatkan perhatian
-mudah jauh hati, sensitif sedikit(merasakan diri terpinggir, sebenarnya tidak pun :)
-mudah mengalah (pada abang kakak adik)
-mudah stress

Kalau anda seorang majikan? - Pilih juga yang tengah memandangkan mereka orang yang flexible.
Sekiranya anda kategori anak tengah, banyak yang baik-baik ada pada diri anda. Hanya perbaiki apa-apa yang negatif.

Sekiranya anda adalah anak BONGSU
-manja, keras kepala (Mahu orang lain mendengar kata mereka,gunakanlah kearah kebaikan, insyaAllah )
-Tidak begitu menyerlah dalam hidup
-Kalau terlalu dimanjakan, hilang keberanian berjuang dalam hidup.
-Sifat- kebiasaannya happy go lucky, sedikit santai, sedikit sukar membuat sebarang keputusan
-Saranan:
Perkasakan diri, perkembangkan potensi diri, yang negatif tinggalkan, yang positif kembangkan.

Sekiranya anda adalah anak TUNGGAL
-Mendapat perhatian
-Selalu rasa sunyi
-Lebih berkeyakinan
-Cepat matang
-Rapat dengan ibu bapa (memang akan sentiasa mengingati saat manis bersama ibu bapa)
-Jadi lebih bertanggungjawab
-analogi( ayam sangkar vs ayam kampung).Ayam sangkar dapat segalanya, ayam kampung berusaha makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Ketika mahu disembelih, ayam sangkar, sekali zuppp sahaja sudah kojol, ayam kampung susahnya nak ditangkap. Sudah ditangkap, susah pula nak disembelih dan mati waima sudah putus urat leher.

Waalahulam. Saya hanya kongsikan tips-tips yang saya dengar dalam radio semalam dari penceramah motivasi pop terkenal.
Credit to HM TUAH.
Andaikata ada yang salah, saya mohon maaf.
Andaikata ada yang boleh diambil manfaat, sama-sama kembangkan.

Tips perkongsian akan datang.
Bina keserasian dengan pasangan melalui hirarki keluarga. Juga dari kajian beliau.

No comments: