TIPS MOTIVASI

"Apabila kita menolong orang lain, sebenarnya kita menolong diri sendiri, kerana apa jua kebaikan yang kita lakukan,akan berbalik kepada kita." -Flora Edwards

Mentor

Tuesday, April 8, 2008

Gambar-gambar Pin Kayu



Gambar-gambar pin kayu. Sudah lama berada dalam simpanan saya.Gambar ini pun sudah lama di ambil dalam kamera cumanya baru hari ini berkesempatan untuk 'publish' di sini.

Kesempatan cuti tempohari, saya terus singgah ke sekolah rendah adik saya di Terengganu. Hajat hati ingin berjumpa dengan petugas koperasi dan guru koperasi sekali. Sedang bertukar cerita dengan AINA,petugas koperasi,muncul ustazah di muka pintu.(sebelum itu Aina sudah membuat panggilan kepada Ustazah mengenai ada seseorang ingin berjumpa dengan beliau).
Salam dihulur, dan saya memperkenalkan diri.
Tanpa diduga, ustazah menyambung nama belakang saya.
"Nama, dan muka ustazah masih ingat," ayatnya membuat saya terus memandang name tag guru di depan saya.
Wan Adilah- nama yang terpampang di name tag itu. Kenapa tadi semasa saya dan Aina berbual, saya tidak bertanyakan nama guru yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal koperasi ini.Sebaliknya kami(saya dan Aina) sekadar memanggil "ustazah", tanpa nama penuh.

Seterusnya kenangan dan peristiwa masa saya masih di sekolah rendah diimbau kembali.
Ketika saya bersekolah rendah dahulu, Ustazah Wan Adilah mengajar saya dalam tahun 5 atau 6, dan di sekolah lain.Kini ustazah sudah bertukar di sekolah di mana adik-adik saya sedang belajar ini.

Banyak kenangan lucu dibualkan dan antara yang paling terkesan adalah Ustazah kini sudah menjadi ibu mertua kepada kawan sekelas saya dahulu.Banyak nama-nama yang keluar dari perbualan kami. Anak cikgu tu,anak cikgu ni, sharul,sharilyang suka menyakat orang.(BESUT,yang ustazah sebut sebagai anak Cikgu Hasnah). Dan banyak lagi perbualan antara seorang guru dan anak murid yang tidak pernah berjumpa setelah hampir 20 tahun berpisah.
"Aina, inilah anak murid Ustazah, tengok dah besar macam ni dah," antara kata-kata Ustazah Wan Adilah.
"Dah ada anak dah pun," Aina, gadis skuter membalas.
...
...
Sebenarnya berbanding kerjaya lain, inilah salah satu nikmat pekerjaan seorang guru. Melihat seorang demi seorang anak muridnya menjadi dewasa. Bagi anak murid pula, taraf seorang guru/ustazah/ustaz tetap tinggi di matanya walau di mana sahaja mereka berada. Saya pulang hari itu dengan dua kegembiraan.
1.Pergi ke koperasi sekolah buat pertama kali untuk meletakkan barang jualan.
2.Nostalgia lalu diimbas dek pertemuan dengan Ustazah saya merangkap guru koperasi tersebut.

Saya tinggalkan sesetengah pin-pin/keychain di koperasi sekolah itu.Oh rupanya bila pulang ke rumah, ada satu lagi peristiwa lucu terjadi.(Seeloknya di kesempatan lain ditulis di sini).
Itu kejadian dua minggu lepas ketika saya pulang bercuti ketika menyelesaikan beberapa perkara di kampung.Sambil menyelam sambil minum air terus.

Ikhwati Medium and Jilbab Medium.
Proses menyusun pin/keychain/Stripe Handset mengikut kategori.

 
Posted by Picasa
Penunjuk Quran/Iqra'. Tinggal lagi 2 penunjuk.

Minggu lepas, saya ke kedai alat tulis di kawasan perumahan saya tinggal kini.
Sesetengah barang jualan saya tinggalkan di sana. Banyak benda baru dan yang saya tak tahu selama ini saya pelajari dalam tempoh itu.

No comments: