TIPS MOTIVASI

"Apabila kita menolong orang lain, sebenarnya kita menolong diri sendiri, kerana apa jua kebaikan yang kita lakukan,akan berbalik kepada kita." -Flora Edwards

Mentor

Monday, April 7, 2008

Haluan berbeza


No regrets (source Year 2001)

After the graduation ceremony, they were asked if they thought they had missed out on their youth by going to university so young.

Neither had any regrets.

Noraisha said: "Conventional schooling makes no allowance for differences in ability.

"We would not have benefited from going to school."

Iskander said: "I feel I have not sacrificed anything at all. "If I had been making a compromise, I would not be here at all." More..
Child prodigies graduate


Comparison 1997.
She considered Balliol but found the atmosphere there too relaxed, preferring the ethos of St Hilda's, whose alumnae include Barbara Pym, the novelist, and Jacqueline du Pré, the cellist.

After Oxford, she said she intends to follow in the footsteps of Ruth Lawrence, who is now a successful academic overseas, and carve out a career abroad.

Sufiah, who is now tutoring 18-year-old students, said Oxford would be "very exciting", adding: "I am not worried about mixing with other students because I have already had a lot of contact with older people. I have always been attracted by maths," she said. "At 2-and-a-half, I was working through exercise books." More...
It's game, set and maths for girl, 12 going to Oxford

10(11) years later 2008
It is as if she has run away from reality—just as she ran away from university and her father's dominance at 15.

Sufiah becomes solemn and subdued when she talks of her upbringing. "As I grew older I began to clash with my father," she says. "He was violent on occasions. Because he pushed me so far academically, I became more confident for a girl of my age. I grew up too quickly.

"From 11, I was studying maths all the time. I didn't have any friends. I wasn't in the Brownies. My father said they didn't teach Muslim values. I hardly ever played with other children."

She passed her maths A level aged 12 and started at St Hilda's College, Oxford. "It was an amazing place but I was too young. By the time I was 15 I wanted to be in control of my life. I fought back." source NOTW.

--
2008
Namun, dalam e-mel terakhirnya, Sufiah menyatakan bapanya adalah punca masalahnya. Iskander, pakar komputer, sedikit-sebanyak setuju dengan pandangan adiknya tapi pada masa sama menyatakan, bapanya bukan ganas.

“Bapa seolah-olah memiliki sesuatu untuk dibuktikan dan kami adalah cara dia membalas ketidakadilan dunia. Sikapnya berubah dalam sekelip mata, ada kalanya dia tenang tapi kemudian berubah menjadi garang dan memarahi kami. Atas sebab itu kami sentiasa ketakutan,” katanya. HARIAN METRO Sentiasa cari anak
--
Saya bukan ahli firasat.Ini hanya tulisan saya berdasarkan penilaian saya sendiri.
Bagi seseorang yang dikatakan gagal oleh orang lain(walaupun dia tidak menganggap dirinya begitu), hanya anak-anak sebagai harapan tunggal yang masih bersisa.

Andaikata Farooq tidak bersalah, atau sekiranya dia benar-benar bersalah pada tahun 1992 atas kesalahan penipuan gadaijanji,atau kesalahan-kesalahan sebelumnya, samada melepaskan pekerjaannya sebagai jurutera/"researcher" Hull University secara sukarela atau paksarela, memang akan ada perasaan di hatinya untuk membuktikan sesuatu. Sekurang-kurangnya usahanya mendidik anak-anak dalam kaedah pengajarannya sendiri tercapai.Sehingga pernah digelar extraordinary family in Britain.Menelusuri kisah mereka sejak 1997, hingga hari ini memang benar-benar menyayat hati saya. Mereka tentunya menjadi perhatian segenap lapisan masyarakat, bukan setakat orang awam biasa namun ada mata-mata jahat dan asing tidak senang dengan perkembangan tersebut. Kisah yang berbeza antara Ruth dan Sufiah amat sadis untuk diingati.

Kisah dan harapan ibu bapa,tekanan diterima dari anak (yang pada asalnya gembira namun menjadi sebaliknya), yang mungkin asalnya kecil namun akhirnya dengan campur tangan tangan-tangan asing, merebak menjadi besar, membarah dan tidak pasti bagaimana lagi pengakhirannya. Saya sebagai seorang ibu memang terkesan dengan kisah sebegini.Walaupun tidak ada bukti, betul tanpa bukti apalah maknanya hujah saya ini. Namun saya tetap merasakan ada pihak tertentu tersenyum lebar dengan apa yang telah terjadi. Perangkap yang dipasang betul-betul terkena. Hilang sudah bakal ilmuan islam yang bakal mencorakkan masa depan.

Baru 4 bulan Sufiah terjebak dalam lembah ini, namun perlakuannya seolah-olah dia sudah terlalu lama dalam 'kerjayanya'.Dahulunya saya terfikir mungkin sudah bertahun-tahun dia terlibat dalam bidang ini, rupanya perjalanan 'kerjayanya' masih hijau.Kalau dalam dunia pekerjaan, masih belum disahkan jawatannya. Masih boleh ditarik ke pangkal jalan.

Kalau benar juga pendapat yang mengatakan Sufiah disihir/diguna/exploitasi/brainwash atau sebagainya, sekali lagi mudah-mudahan kuasa Allah lebih besar dari kuasa hitam tersebut.Dan tugas ini tentu bukan calang-calang orang yang boleh memulihkan.
(8 tahun ditukar pemikirannya 360 darjah, berapakah pula masa yang diambil untuk kembali kepada fitrah?)

Mudah-mudahan dia masih dapat diselamatkan dari mimpi dan igauannya. Betul dia bukan warganegara Malaysia, namun yang pasti dia adalah MUSLIM.Puas saya google untuk mencari apakah ada komen-komen dari sesiapa pihak berwajib dari sana sendiri. Yang saya jumpa hanya komen atau artikel dari Malaysia. Bukan dari Britain sendiri. Atau adakah hanya kita yang mengambil berat perihal Sufiah sedangkan komuniti Muslim di UK sendiri tidak mengambil berat pun kisah sadis ini?Harapan saya tentu tidak begitu.Mudah-mudahan ada penyelesaian pada masalah umat ini.Bagi kita yang tidak dapat mencegah dengan perbuatan,mulut dan sebagainya ini, moga-moga dengan doa dari kita semua dapat mengembalikan semula Sufiah pada sifat asalnya. :(

No comments: